_Pembuka bicara_

Tuesday, July 14, 2009

BIcARa tenTanG CINTA....


Membicarakan Cinta merupakan suatu yang menguja kepada setiap insan apatah lagi kepada mereka yang bergelar remaja belasan tahun. Cinta adalah sebahagian daripada fitrah insan dan suatu kurniaan Allah. Prinsip cinta diajar melalui kisah percintaan yang suci antara Adam dan Hawa yang dirakam di dalam A-Quran. Termakan pujukan iblis mengakibatkan mereka dihantar kedunia dalam keadaan terpisah. Akhirnya setelah puluhan tahun Allah S.W.T menerima taubat nabiNya dan mempertemukan semula dua kekasih ini. Kisah cinta ini membuktikan bahawa cinta adalah suatu yang penting dalam hidup manusia.


Sebagai manusia kita merasai pelbagai jenis cinta sesama manusia, cinta kepada rasul, cinta kepada manusia, cinta kepada adik-beradik, sahabat, dan cinta antara lelaki dengan wanita. Oleh itu, carilah dan milikilah cinta yang kita dambakan kerana ia merupakan rahsia cinta Allah.


Bagaimana pula dengan cinta berlawanan jantina atau antara lelaki dan wanita? Memilih untuk memiliki cinta ini bukanlah suatu yang salah tetapi cara bagaimana para remaja dapat mengurusnya. Cinta berlainan jantina ada tiga jenis. Pertama, Cinta yang mendekatkan diri kepada Allah. Kedua, Cinta yang mendatangkan kemurkaan Allah. Ketiga, Cinta yang harus iaitu cinta yang tidak disengajakan dan tidak sampai membawa maksiat kepada Allah.


Oleh itu, berfikirlah dahulu sebelum mamilih cinta lelaki/wanita pada usia remaja. Binalah cinta yang berasaskan panduan syariat bagi memelihara kemuliaan diri sebagai wanita dan menyelamatkan kehormatan sebagai lelaki yang bakal menjadi pemimpin keluarga. Sabda Rasullah SAW yang bermaksud: 'Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.'(Riwayat Ibnu Majah)


Justeru baharuilah azam dan kuatkan semangat para remaja. Janganlah menjadikan cinta kepada lelaki/wanita sebagai dambaan utama sebelum sampai masanya. Isi dan penuhilah hati dengan cinta yang lebih bermakna dan memberi semangat untuk para remaja menempuh liku-liku kehidupan. Jangan kotorkan istilah cinta dengan cinta 'monyet' yang tidak keruan atau memperalatkan cinta untuk memuaskan hawa nafsu. InsyaAllah apabila sampai masanya cinta yang didambakan akan hadir apabila para remaja lebih bersedia memikul tanggungjawab cinta Adam dan Hawa iaitu menyambung zuriat keturunan khalifah Allah di muka bumi ini.


Berharap agar para remaja dapat memanfaat nikmat yang dikurnia Ilahi dalam mencari cintaNya terlebih dahulu. Namun, berdoalah agar dipertemukan dengan insan yang boleh membawa kepada cinta Ilahi. Yakinlah bahawa laki yang baik itu untuk wanita yang baik,wanita yang baik itu untuk laki yang baik dan sebaliknya. Rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wahablana minladunkarahmah inaka antalwahhab..


Wallahua'lam..

Monday, July 13, 2009

starting d new me..

assalamualaikum..

testing2!
testing 1...2...3...