_Pembuka bicara_

Thursday, January 14, 2010

Wanita Ciptaan Istimewa...


Beruntunglah wahai wanita..kerana kita menjadi penyeri hidup dunia ini.
Namun, kehadiran dan kelebihan yang kite peroleh jgn pula disalah guna dan disalah ertikan..
Wanita amat perlu dijaga, jadi, jagalah diri antunna semua, cuba manfaatkan ilmu yang di peroleh. Jangan biarkan diri ini dicelari walaupun ujian itu tidak akan berakhir..
jangan risau, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang wahai wanita..hatimu sangat lembut..
Benar, hawa diciptakan dari rusuk adam. Tapi bukan la bermakna kite boleh tunduk dan lemah..Sesungguhnya wanita adalah sebaik ciptaan, yang membawa kelembutan bukan kelemahan..
Semoga menjadi pedoman bersama mengaharungi dunia ini sebagai tempat persinggahan yang sementara..

Sesungguhya, lirik lagu de hearty-Wanita benar2 menyentuh sanubari sebagai seorang yang bergelar wanita..

WANITA - deHEARTY
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (Syam DeHearty)
Lirik : Syamer (Syam DeHearty)

Semoga menjadi pedoman buat adam dan hawa..
wanita, engkaulah wanita ciptaan istimewa..
Semoga antum smue dibawah lindungan n rahmat kasih Allah selamanya..


WaAllahua'lam...

Api keMarahan...

Setiap insan pasti tak lari dari perasaan marah, geram dan sebagainya..lumrah manusia itu berperasaan. Namun, kita jgn salah aguna kurniaan Allah ini.. Sebaliknya kita hendaklah menjaganya dgn baik supaya syaitan tidak senang lenang menyerap masuk ke dalam hati, Mahkota setiap manusia...

Semoga cerita dibawah menjadi pedoman bersama..

Balasan baik hindari marah ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketikaitu Rasulullah duduk disebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan
kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata:
"Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya
menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan
hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda:
"Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

"Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah
dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda:
"Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."

Marah itu daripada syaitan...dan syaitan itu daripada api..jika rase marah itu bertandang di hati, maka segeralah berwudhu' kerana air akan memadam api kemarahan itu..sama2 la kite mengamalkannya dan memelihara diri daripada nafsu amarah yang membawa kemudharatan ini..

WaAllahua'lam...

Wahai Muslimah...



MUSLIMAH SEJATI

Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti
yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan
dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan
kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan
syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti.

Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang
berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan
perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan
perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan
ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum
menceriakan suasana dan taman-taman.

Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk
berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun
kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani.
Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang
dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang.

Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari
lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu,
wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan
impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan
keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.

WANITA YANG DIKASIHI

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan.
Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah
disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah
mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga
pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya
menyejukkan hati bila memandang.

Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan
lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka
mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia
menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat
kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya
ke jalan yang diredhai Allah.

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan
yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan
akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri
budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan
hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.

Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita
dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan
dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam
sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk
dinikmati dalam taman-taman syurgawi.


Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang,
isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah..

Wednesday, January 6, 2010

Bisikan Nurani Yang Sejati...


Hakikat, syariat, thariqat dan makrifat merupakan elemen utama kehidupan yang menjadi kombinasi kepada sebuah kehidupan sufi yang penuh dengan kesyahduan cinta dan
kasih dari Ilahi. Ilmu yang penuh dengan misteri dan tanda tanya ini bukanlah sasuatu yang mudah untuk disingkapi, hanya mereka yang benar-benar memiliki kesungguhan yang sejati sahaja mampu memilikinya. Hakikat kehidupan adalah untuk mengenal Al-Khaliq namun mengapa insan yang dilahirkan di alam yang fana’ ini masih alpa dengan keindahan duniawi. Sesungguhnya, agama kurniaan Ilahi semakin ditindas dan dihina namun kita masih tidak sedar dengan kezaliman yang kian meruncing ini...



Hidupkanlah semangat jihad dalam dirimu dengan cahaya ilmu dan makrifatullah kerana kedua-duanya mampu menerangi hati serta membuka pintu hati yakni bashirah. Siramilah dirimu dengan keunggulan ilmu tasawuf yang akan membawa dirimu ke alam yang penuh dengan rahsia dalam rahsia. Biarlah segala yang berlalu itu berlalu kerana tiada yang dapat mengubahnya kerana dirimu sendiri melakukannya dengan penuh kenistaan dan kerakusan hawa nafsu yang sentiasa

dipenuhi syahwat dan amarah. Zikrullah, zikrullah dan zikrullah, perkataan yang telah berulang kali engkau zahirkan melalui bibirmu tetapi dirimu tidak pernah menzahirkannya melalui amal

anmu. Banyakkanlah meditasi kerana ia mampu melatih dirimu

membina konsentrasi fikiran dalam mencari Cinta Ilahi...Yang paling utama dalam bertaubat ialah ikhtiar segera dan istiqamah...maka laksanakanlah segera!!!

Ubahlah segalanya dalam

hatimu terutama sifat nifak......