_Pembuka bicara_
Thursday, January 14, 2010
Api keMarahan...
Semoga cerita dibawah menjadi pedoman bersama..
Balasan baik hindari marah ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketikaitu Rasulullah duduk disebelahnya.
Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan
kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.
Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata:
"Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya
menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."
Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."
Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan
hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."
Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda:
"Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.
"Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah
dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."
Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda:
"Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."
Marah itu daripada syaitan...dan syaitan itu daripada api..jika rase marah itu bertandang di hati, maka segeralah berwudhu' kerana air akan memadam api kemarahan itu..sama2 la kite mengamalkannya dan memelihara diri daripada nafsu amarah yang membawa kemudharatan ini..
WaAllahua'lam...
Wahai Muslimah...

MUSLIMAH SEJATI
Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti
yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan
dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan
kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan
syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti.
Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang
berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan
perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan
perintah Allah dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan
ketentuanNya. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum
menceriakan suasana dan taman-taman.
Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk
berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun
kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani.
Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang
dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang.
Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari
lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu,
wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan
impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan
keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.
WANITA YANG DIKASIHI
Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan.
Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah
disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah telah
mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga
pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya
menyejukkan hati bila memandang.
Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan
lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka
mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia
menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat
kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya
ke jalan yang diredhai Allah.
WANITA SOLEHAH
Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan
yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan
akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri
budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan
hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan.
Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah menjadi pelita
dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan
dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam
sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk
dinikmati dalam taman-taman syurgawi.
Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang,
isteri solehah, dan ibu yang penyayang, insya Allah..
Wednesday, January 6, 2010
Bisikan Nurani Yang Sejati...
Hidupkanlah semangat jihad dalam dirimu dengan cahaya ilmu dan makrifatullah kerana kedua-duanya mampu menerangi hati serta membuka pintu hati yakni bashirah. Siramilah dirimu dengan keunggulan ilmu tasawuf yang akan membawa dirimu ke alam yang penuh dengan rahsia dalam rahsia. Biarlah segala yang berlalu itu berlalu kerana tiada yang dapat mengubahnya kerana dirimu sendiri melakukannya dengan penuh kenistaan dan kerakusan hawa nafsu yang sentiasa

dipenuhi syahwat dan amarah. Zikrullah, zikrullah dan zikrullah, perkataan yang telah berulang kali engkau zahirkan melalui bibirmu tetapi dirimu tidak pernah menzahirkannya melalui amal
anmu. Banyakkanlah meditasi kerana ia mampu melatih dirimu
membina konsentrasi fikiran dalam mencari Cinta Ilahi...Yang paling utama dalam bertaubat ialah ikhtiar segera dan istiqamah...maka laksanakanlah segera!!!
Ubahlah segalanya dalam
hatimu terutama sifat nifak......
Tuesday, July 14, 2009
BIcARa tenTanG CINTA....



